Malaysia Tumpuan Pelajar Arab Saudi

 

KUALA LUMPUR – Pembukaan institusi-institusi pendidikan bertaraf dunia di negara ini semakin menarik perhatian pelajar luar negara termasuk dari Arab Saudi, yang menjadikan Malaysia negara pilihan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

 

Beberapa ahli akademik dan pelajar Arab Saudi yang ditemui berkata, antara faktor yang menjadi tarikan pelajar dari Arab Saudi ke negara ini ialah sistem pendidikan di Malaysia dan suasana keislaman di negara ini yang sesuai dengan mereka.

 

Pengurus Eksekutif Universiti Antrabangsa Madinah, Prof. Dr. Mohammad Khalifa Al-Tamimi berkata, Malaysia mempunyai sistem pendidikan yang baik sementara banyak universiti di negara ini pula menawarkan pelbagai kursus serta bidang yang sesuai untuk pelajar-pelajar daripada Arab Saudi.

 

“Saya bersetuju bahawa Malaysia merupakan negara yang menarik dan sesuai untuk dilawati dan melanjutkan pelajaran”, katanya ketika ditemui Bernama di pejabatnya di Shah Alam, Selangor.

 

Mohammad Khalifa berkata, kualiti sesuatu sistem pendidikan itu bergantung kepada jenis pendidikan itu sendiri dan bukan pada tempat atau negara kerana setiap negara mempunyai sistem dan bidang yang berlainan. – Bernama

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.