Kem Wilayah Anjur Program Cucuk Tanam Tangani Kos Sara Hidup

LABUAN – Sempena Hari Wilayah baru-baru ini Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Perbadanan Labuan menganjurkan program bercucuk tanam sebagai sumber makanan.

 

Menurut Isteri Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datin Seri Aslinah Mohd Arifin program tersebut bertujuan untuk menjadikan Labuan sebagai sebuah bandar yang ceria dan persekitaran yang bersih.

 

“Program CSR yang berkonsepkan pertanian dengan tema ‘Tautan Ceria’ bertujuan untuk membantu menangani kos sara hidup yang tinggi dan ekonomi rakyat di Labuan serta mengamalkan budaya amalam bercucuk tanam.

 

“Program ini juga berperanan sebagai salah satu strategi untuk mengalakkan interaksi sosial antara komuniti setempat.

 

“Melalui aktiviti pertanian ianya dapat membantu meningkatkan motivasi diri para peserta terhadap kemampuan untuk menghasilkan produk makanan sama ada untuk kegunaan sendiri atau dijual,” ujarnya ketika menyampaikan ucapan perasmian di sini, pada Sabtu.

 

Melalui program tersebut seramai 277 penduduk dari Kg Patau-Patau 1 & 2 menerima set tanaman meliputi anak pokok cili, terung, benih bayam dan sawi.

 

Turut hadir isteri ahli Dewan Negara, Datin Hjh Rosida Jaafar; Timbalan Ketua Setiausaha KWP, Datuk Hjh Rosida Jaafar; isteri Ketua Pegawai Eksekutif Perbadana Labuan, Datin Seri Hjh Rohmah Latif.

 

Sementara itu Ketua Kg Patau-Patau 1, Haji Othman Matusin ketika ditemui berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan dari semasa.

 

“Kami di sini tiada tanah jadi kami mohon pihak kerajaan agar dapat meneruskan program seumpama ini agar kami dapat bercucuk tanam.

 

“Rata-rata penduduk di sini amat suka bercucuk tanam, jadi dengan program seumpama ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban kos sara hidup yang semakin meninggi,” ujarnya pula. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.