KDN Diminta Kaji Visa Korea Utara

 

BALIK PULAU – Kementerian Dalam Negeri perlu mengkaji semula penggunaan visa bagi semua pengunjung Korea Utara memasuki Malaysia kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

 

Beliau berkata, cadangan itu bagi mengelakkan kemasukan barangan terlarang seperti agen saraf VX atau Ethyl S-2 Diisopropylamioethyl, lapor Utusan.

 

Hilmi berkata, tindakan itu perlu kerana negara berkenaan tidak menyertai perjanjian di bawah Konvensyen Senjata Kimia Antarabangsa 1997 yang mengharamkan penggunaan cecair kimia berkenaan.
“Senjata kimia itu sukar dikesan walaupun sekatan ketat dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

 

“Untuk itu, kita perlu wujudkan semula visa bagi menyekat lebih ramai penjenayah yang menggunakan bahan itu di negera ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.