Katy Suka Cari Pasal

Penyanyi, Katy Perry sememangnya seorang artis yang tidak pernah tidak mencuri tumpuan. Meskipun tahun lalu karier seninya tidak serancak seperti tahun sebelumnya, nama Katy tidak pernah hilang dari radar.

 

Membuka lembaran tahun ini, penyanyi berusia 32 tahun itu tidak ketinggalan tampil dengan pelbagai isu pula. Pada Anugerah Grammy baru-baru ini, dia mencetuskan kemarahan peminat Britney Spears selepas komen biadabnya terhadap puteri pop itu.

 
Tidak cukup, terbaru persembahannya di Brit Awards juga nyata mengundang kontroversi. Diiringi penari berpakaian kostum ‘Rumah Putih’ rumah putih selain dua penari khas mengenakan kostum tengkorak, Katy ketara mahu mengekspresikan pemberontakannya terhadap isu politik Amerika Syarikat (AS).

 

Namun paling hangat diperkatakan adalah tindakannya menukar warna rambut kepada perang. Ia memberi bayangan bahawa dia sebenarnya ada mesej tersembunyi buat penyanyi, Taylor Swift.

 

Bertahun lamanya, kisah Katy dan Taylor tidak sebulu benar-benar menjadi ikutan. Mana tidak, daripada berkawan baik, tiba-tiba mereka jadi musuh dan paling teruk ia berlanjutan sehingga kini.

 

Lantas, apabila penyanyi Roar itu menukar rambutnya menjadi perang, ramai tertanya-tanya. Bahkan dia sendiri mengakui tidak suka warna rambut itu sebenarnya.

 

“Warna perang adalah warna yang terakhir saya akan gayakan kalau ikutkan hati,” katanya di Anugerah Grammy.

 

Apapun, sehingga sekarang motif sebenar Katy belum terjawab tapi masih ramai yakin ia bersangkutan dengan isunya bersama Taylor.

 

Bagaimanapun, terbaru, Katy akhirnya mendedahkan di Instagram rambut perang itu sekadar rambut palsu. Apa tidak, ramai mula hairan kerana sewaktu menghadiri Brit Awards, rambutnya kelihatan berwarna coklat gelap.

 

Bukan sekadar rambut, turut bertiup adalah dakwaan single terbarunya, Chained To The Rhythm tidak terlepas dikaitkan dengan Taylor.-Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.