Kanak-kanak Didera Tutup Mata Dan Diikat Tangan Kerana Koyak Kertas

Ditutup mata dan diikat tangan dengan pita pelekat. Itu hukuman kejam yang diterima oleh dua kanak-kanak berusia lima tahun oleh guru mereka selepas didapati mengoyak kertas.

 

Susulan perbuatan berkenaan, dua guru terbabit telah diarahkan membayar pampasan kerana melakukan sesuatu yang memalukan.

 

Kejadian terbabit terbongkar selepas gambar itu dirakamkan oleh guru lain di sebuah sekolah di Surin, Thailand dan menghantar kepada ibu bapa kanak-kanak tersebut yang kemudiannya membuat laporan polis.

 

Kejadian terbabit bagaimanapun dipertahankan oleh guru besar dengan alasan ia bagi mengajar kanak-kanak supaya menumpukan perhatian dalam pelajaran.

 

“Guru yang memberikan gambar ini memberitahu bahawa anak saya telah ditutup mata dan diikat tangan oleh guru yang mengajarnya.

 

“Kami rasa kanak-kanak lain dipukul tetapi kami tidak mempunyai gambar. Kanak-kanak itu hanya bermain dengan kertas dan mengoyaknya.

 

“Guru memberitahu bahawa mereka melakukan kesalahan dan dihukum,” kata bapa kepada salah seorang pelajar yang terlibat.

 

Sementara itu, timbalan ketua pengarah pendidikan di wilayah berkenaan, Narong Meuanchart, berkata, satu jawatankuasa telah ditubuhkan bagi menyiasat penderaan terbabit.

 

Guru terbabit boleh dikenakan tindakan undang-undang. Sementara kanak-kanak yang didera itu telah bertukar ke sekolah lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.