JDT Daftarkan TMJ Sebagai Pemain

KUALA LUMPUR – Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal melakukan pembaharuan luar biasa dimana bakal mendaftarkan pemiliknya, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai pemain pada jendela perpindahan Mei ini.

 

 

Status tersebut dimuat naik menerusi akaun Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers (JST) hari ini.

 

“Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal melakukan tiga perubahan dan salah satunya adalah JDT akan mendaftarkan DYAM Tunku Mahkota Johor, pemilik Kelab Bola Sepak JDT sebagai pemain apabila jendela perpindahan pemain dibuka pada bulan Mei ini.

 

“Ia merupakan sejarah baru dalam negara dan kelab apabila ‘owner club’ didaftarkan sebagai ‘owner/player’ di Liga Super Malaysia dalam satu masa. Luaskan Kuasamu Johor,” kata kenyataan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.