Cheryl Sahkan Diri Berbadan Dua

LONDON: Bintang pop, Cheryl Cole, akhirnya tampil mengesahkan bakal memiliki anak sulung bersama kekasihnya, Liam Payne.

 

Menurut laporan portal Independent, selepas beberapa kali membuat penafian, penyanyi berusia 33 tahun itu tampil menunjukkan kandungannya yang semakin membesar ketika menghadiri kempen The Prince’s Trust and L’Oreal Paris.

 

Pengesahan itu membuatkan ramai peminatnya gembira dan tidak sabar melihat wajah anak pasangan selebriti itu selepas dilahirkan.

 

Cheryl hadir ke acara kempen berkenaan bersama 15 selebriti lain sebagai duta inspirasi.

 

Antara mereka yang terbabit termasuklah bekas juara X Factor, Louisa Marcus dan selebriti YouTube, Marcus Butler.

 

Menerusi kempen ini, setiap selebriti akan berkongsi kisah pengalaman sendiri yang pernah berdepan dengan masalah keyakinan diri.

 

Cheryl, 33, dan anggota kumpulan One Direction berusia 23 itu sebelum ini mengakui mereka sedang bercinta, namun peminat menjangkakan hubungan mereka tidak akan bertahan lama.

 

Andaian itu dibuat bukan kerana Cheryl yang tidak setia, tetapi Liam yang sering bertukar-tukar pasangan.-Bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.