Bela Anak Buaya, Helang Terima Padah

SHAH ALAM – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Selangor merampas empat ekor helang dan seekor anak buaya tembaga dalam dua serbuan berasingan di Bandar Saujana Putra, Jenjarom dan Kanchong Darat, Banting baru-baru ini.

 

Pengarah Perhilitan negeri, Abd Rahim Othman berkata, dalam serbuan pertama, pihak­nya merampas seekor anak buaya seberat kira-kira dua kilogram dan panjang 0.914 meter di sebuah rumah di Jalan Redan, Kanchong Darat, Banting pada pukul 7.30 petang, 20 Februari lalu, lapor Kosmo.

 

“Sepasukan anggota penguat kuasa Perhilitan yang membuat pemeriksaan di sebuah rumah menjumpai seekor anak buaya berusia dalam lingkungan setahun di dalam sebuah sangkar kecil.

 

“Ketika serbuan dilakukan, pemilik reptilia itu yang merupakan seorang nelayan berusia 40-an tiada di rumah,” katanya

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.