Ary Malik kritikal

Kuala Lumpur: Pelakon dan personaliti TV, Nurita Maliha Aryanee Malik, 46, atau Ary Malik dilaporkan kritikal akibat kanser ovari tahap empat.

 

Ary Malik yang turut menyertai program realiti Masterchef Malaysia sebelum ini, kini dalam pemerhatian doktor di wad pengasingan di Hospital Ampang.

 

Suaminya Shahrul Nizam Shaharuddin, 46, sewaktu ditemui di sini, sebentar tadi menjelaskan, Ary yang pernah mengacara program MTV mula dikesan mengidap kanser ovari hampir setahun lalu.

 

“Ary sudahpun menjalani pembedahan bagi membuang kanser terbabit di Hospital Tunku Mizan, Wangsa Maju Mei lalu dan mengikuti sesi rawatan kimoterapi selepas itu,” katanya.

 

Jelas Shahrul lagi, sebelum dikesan menghidap kanser, Ary mengadu berasa sakit di bahagian perut.

 

“Pada pemeriksaan awal doktor ingat ia hanya ketumbuhan biasa, namun selepas pembedahan doktor mengesahkan isteri menghidap kanser,” katanya lagi.

 

Ary dikejarkan ke hospital selepas keadaannya semakin lemah dan selepas dua hari berada di wad, kakak kepada penyanyi Min Malik itu tidak sedarkan diri hingga kini.

 

Menurut Shahrul, doktor mengesyaki ketumbuhan kanser dihidapi Ary sudah merebak ke otak.-Hmetro

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.