Video: Penjaga Gol Jaringkan Gol Sendiri

Satu video yang memaparkan aksi penjaga gol yang ingin menghantar bola kepada rakan sepasukannya menjadi viral apabila bola yang ditendang berpatah balik.

 

Video ini dirakam ketika seorang pemain yang berjersi putih membuat lontaran ke dalam padang namun bola tersebut berjaya dirampas oleh penjaga gol.

 

Insiden yang melucukan ini bermula apabila angin mula bertiup kencang ketika perlawanan itu berlangsung dan bola yang di tendang oleh penjaga gol itu agak tinggi di udara dan menyebabkan bola tersebut berpatah balik dan menyebabkan bola itu menerjah gawang gol.

 

Video yang berdurasi 52 saat dilihat merupakan satu insiden yang melucukan dan unik ketika perlawanan bola sepak berlangsung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.