Umno Pulai Buat Laporan, Gambar Hina TPM Sebagai Anjing

Johor Bahru – Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Pulai membuat laporan polis berhubung pengguna Facebook bernama Doris Jones yang memuat naik status dan gambar menghina Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

 

Penolong Setiausaha Pergerakan Pemudanya, Wan Mohd Fazli Wan Muhamad berharap polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bertindak segera kerana provokasi melampau dan tidak bertamadun itu.

 

Katanya, mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan keterlaluan berkenaan yang biadab selain menegaskan wanita itu perlu menghormati pemimpin negara selain sensitiviti majoriti rakyat negara ini.

 

“Pada hari ini 12.30 tengah hari saya berada di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat Tampoi menerima gambar daripada aplikasi WhatsApp mengenai penghinaan terhadap TPM.

 

“Tindakan perlu diambil (terhadap wanita terbabit) supaya menjadi pengajaran kepada semua supaya tidak menyalahgunakan media sosial dengans esuka hati,” katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Skudai di sini, hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.