Sektor Ekopelancongan Diberi Fokus Capai Sasaran KDNK – Najib

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan terus mengembangkan sektor ekopelancongan dalam usahanya memastikan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencapai sasaran unjuran pertumbuhan antara 4 hingga 4.5 peratus.

 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini merupakan salah satu usaha kerajaan untuk mempelbagaikan sumber pendapatan bagi menampung kekurangan pendapatan negara susulan penurunan harga minyak mentah dunia.

 

“Malaysia mempunyai pantai-pantai yang indah serta hutan hujan tropika yang kaya dengan spesies tumbuh-tumbuhan dan haiwan.

 

“Oleh itu, usaha untuk mempromosikan percutian ke Malaysia di luar negara terus digiatkan bagi menarik minat pelancong asing,” kata Najib dalam mesej mingguan beliau yang disiarkan di stesen radio tempatan.

 

Menurut beliau, potensi Malaysia sebagai tempat peranginan meningkat apabila nilai ringgit menurun.

 

“Ini membuka peluang yang lebih besar bagi pelancong asing untuk berbelanja dalam negara.

 

“Dengan ini, ia berpeluang memangkin pertumbuhan ekonomi negara,” kata Najib. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.