Pound British Jatuh Paras Terendah 7 Tahun

TOKYO – Pound British jatuh ke paras terendah hampir tujuh tahun berbanding dolar AS dan terendah dua setengah tahun berbanding yen pagi ini disebabkan kebimbangan Britain berkemungkinan keluar dari Kesatuan Eropah (EU).

 

Pound British susut kepada AS$1.3878 pada Rabu, terendah sejak awal 2009, dan kini berada pada AS$1.3923, jatuh 3.3 peratus setakat minggu ini. Ia kelihatan menguji paras terendah 2009 AS$1.35.

 

Perdana Menteri, David Cameron yang mengumumkan pungutan suara pada Jun 23 berhubung keahlian Britain dalam EU mencetuskan kebimbangan “Brexit”, dengan kaji selidik menunjukkan mereka yang mengundi untuk kekal dan keluar dari kesatuan itu seimbang.

 

“Melihat kepada reaksi pasaran, anda boleh lihat bagaimana profesional kewangan tidak suka Britain keluar dari EU. Pada tahap maksimum, ketidaktentuan akan berterusan sehingga pungutan suara dibuat,” kata Masatoshi Omata, pengurus kanan di Resona Bank.

 

Berbanding yen, mata wang Britain itu berada pada 155.97 yen, selepas jatuh kepada 154.87 hari sebelumnya, paras terendah sejak Oktober 2013.

 

Euro juga mengukuh ke paras tertinggi berbanding pound sejak Disember 2014 pada 79.25 pence.- Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.