Penganjur Gempur Penang, Puas Hati Sidang Freemanson Dibatalkan

KUALA LUMPUR – Persatuan Mukabuku Pulau Pinang melahirkan rasa syukur kerana Persidangan Scottish Masonic berjaya di batalkan.

 

Setiausahanya, Muhsin Latheef berkata, dengan kerjasama kebanyakan NGO terutamanya Gerakan Merah, Gabungan Perwakilan Melayu Pulau Pinang dan beberapa NGO Islam yang lain berjaya mengasak agar persidangan tersebut dibatalkan.

 

“Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah s.w.t dengan limpah kurnianya, kami amat berpuas hati dengan kerjasama polis yang membantu menyelesaikan masalah ini dengan aman walaupun ada sedikit kekecohan berlaku di luar hotel oleh NGO yang marah dengan majlis ini.

 

“Saya sebagai setiausaha Persatuan Muka Buku Pulau Pinang berterima kasih kepada semua yang terlibat dan semoga Allah Ta’ala membalas jasa kalian yang hadir dengan berlipat kali ganda,”katanya menerusi satu kenyataannya.

 

Sebelum ini, NGO Persatuan Mukabuku Pulau Pinang melancarkan gerakan ‘Gelombang Merah’ bagi menghalang persidangan yang dianjurkan oleh sebuah pertubuhan dikenali sebagai Freemason.

 

Pihaknya akan ‘melanggar’ majlis yang dikait dengan Yahudi dan teori konspirasi terhadap orang Islam itu sekiranya ia diteruskan.-SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.