Penemuan Perkuburan Islam Tertua, Abad Kelapan Di Perancis

WASHINGTON – Pakar arkeologi di selatan Perancis mengenal pasti tiga perkuburan Islam tertua pernah ditemui di Eropah, seawal abad kelapan.

 

Menurut kajian dalam jurnal PLOS ONE, rangka di lokasi zaman pertengahan di Nimes itu ditemui menghadap Makkah dan analisis genetik menunjukkan keturunan sebelah bapa adalah dari Afrika Utara.

 

Tambahan pula, ujian radiokarbon menunjukkan tulang itu berkemungkinan daripada abad ketujuh hingga kesembilan, menunjukkan ia datang daripada penjajahan Islam di Eropah pada tempoh itu.

 

“Kami percaya mereka puak Berbers yang menyertai tentera Arab ketika perkembangan pesat melalui Afrika Utara,” menurut kajian itu.

 

Penemuan itu menambah dimensi baru kepada pengetahuan mengenai zaman berkenaan yang terhad kepada buku sejarah dan sedikit data arkeologi.

 

“Kami tahu umat Islam datang ke Eropah pada abad kelapan tetapi tidak mempunyai sebarang bukti material mengenainya sehingga kini,” kata pakar antropologi dengan Institut Kebangsaan Perancis bagi Penyelidikan Pencegahan Arkeologi, Yves Gleize. – AFP

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.