Penceramah Agama Harus ‘Cermin Muka Sendiri’ – Sultan Johor

Kuala Lumpur – Para pendakwah yang ingin berceramah di negeri Johor diingatkan supaya mendapatkan tauliah daripada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) terlebih dahulu.

 

Malah, mereka juga harus cermin muka sendiri terlebih dahulu sebelum memberi nasihat kepada orang lain.

 

Peringatan itu diberikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar ketika bertitah pada Majlis Perasamian Tilawah al-Quran peringkat negeri Johor ke-60 di Dataran Tanjung Emas di Muar semalam.

 

Baginda bertitah, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan agama Islam di bawah kuasa negeri dan sultan adalah ketua agama di negeri masing-masing.

 

“Kita akan mengawal mana-mana orang daripada mengajar agama Islam tanpa tauliah kerana ajaran sesat dan ceramah berbaur politik yang menjadi medan untuk mengata, memfitnah dan mencaci orang lain akan hanya mengelirukan masyarakat Islam dan meruntuhkan perpaduan rakyat,” titah baginda.

 

Baginda turut memberitahu, sejak kebelakangan ini, ada pihak-pihak yang suka mencampuri kuasa agama di negeri-negeri sedangkan mereka hanya mempunyai bidang kuasa di negeri masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.