Model Tempatan Muatnaik Gambar Bercium

Kuala Lumpur – Seorang pelakon dan model tempatan mencetuskan kontroversi dalam kalangan peminat seni hiburan tempatan apabila sekeping gambar yang menyerupai dirinya sedang bercium dengan seorang wanita dimuat naik di akaun Instagramnya.

 

Pelakon dan model, Ahya Ulumuddin Rosli yang pernah berlakon di dalam filem Tanda Putera itu merupakan anak kepada pelakon veteran yang tersohor, Normah Damanhuri dan pernah.

 

Memetik laporan Media Hiburan Online, gambar itu diambil di tepi pantai berbukit dipercayai di luar negara dengan kedua-duanya berpakaian mandi.

 

Ia menyatakan gambar itu dikirim oleh seorang pembaca yang dipercayai mengambilnya menerusi akaun Instagram pelakon dan model itu.

 

“Gambar ini mungkin hanya sekadar lakonan semata-mata ataupun hanya untuk kegunaan komersial tidak dinyatakan di status gambar tersebut. Mungkin juga sekadar suka-suka.

 

“Pun begitu, hanya Ahya yang mengetahui tujuan dia memuat naik gambar tersebut.,” lapor Media Hiburan Online.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.