Maybank Catat Untung Bersih RM6.84 Bilion

KUALA LUMPUR – Maybank mencatatkan keuntungan bersih RM6.84 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015, meningkat 1.8 peratus daripada RM6.72 bilion setahun sebelumnya.

 

Prestasi memberangsangkan kumpulan perbankan terbesar tempatan itu dibantu oleh peningkatan 14.6 peratus pendapatan operasi bersihnya dalam tahun kewangan dikaji.

 

Keuntungan sebelum cukai Maybank dalam tahun dikaji pula meningkat kepada RM9.15 bilion, berbanding RM9.11 bilion tahun sebelumnya.

 

Berikutan prestasi itu, Lembaga Pengarah Maybank mencadangkan dividen peringkat tunggal akhir 30 sen sesaham.

 

Ia diumumkan oleh Pengerusi Maybank, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor dalam sidang media di sini, sebentar tadi. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.