Maut Tersepit Skylift

SUNGAI BULOH – Seorang buruh binaan maut selepas tersepit pada skylift ketika melakukan kerja pembinaan di tapak projek stesen Transit Aliran Massa (MRT) Kota Damansara di sini semalam.

 

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, mang­sa Mohd. Amin Wahip, 25, dikatakan sedang memasang kerangka besi pada bumbung MRT berkenaan.

 

Bagaimanapun, akibat kerosakan pada sistem hidraulik, jentera berat itu tidak dapat dikawal sehingga ia bergerak sendiri menghala ke atas menyebabkan mangsa tersepit di antara skylift dengan bumbung MRT itu.

 

Mangsa yang berasal dari Sandakan, Sabah itu mening­gal dunia di lokasi kejadian akibat patah leher.

 

Penolong Pe­ngarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.41 petang dan sebuah jentera bersama tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian yang tiba 15 minit kemudian.-Kosmo

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.