Video: Mahathir Masuk Penjara Sebab Karma – Nazri

Kuala Lumpur – Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, menyifatkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sedang menghadapi karmanya apabila mengakui mahu ditempatkan dalam penjara bersama bekas timbalanya.

 

Menurutnya, pengakuan itu merupakan daripada bekas pemimpin itu sendiri (Mahathir) mengakui mengenai perkara itu.

 

 

“Itu karma dia (Mahathir) la. Dia yang cakap saya tak cakap. Mana kita tau kan. Dia sendiri yang sebut. Itu karma diala. Tapi saya tak pedulila. Dia nak masuk ke tak masuk ke.

 

“Tapi hati-hatila dia bukan muda lagi. Kita bimbang kesihatan dia. Jika berlaku sesuatu padanya dalam jail susahlah juga kitakan,” katanya selepas ditemui di Hari Kraf Malaysia 2016.

 

Terdahulu, beliau berkata kewibawaan bekas Perdana Menteri itu kini dipertikaikan oleh rakyat Malaysia dan mengenai karma yang dilakukan terhadap Tunku Abdul Rahman dahulu, kata Menteri Perlancongan dan Kebudayaan, Dato’ Seri Mohamed Nazri Aziz.-SuaraTV

 

 

 

LAPORAN VIDEO MENYUSUL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.