Kanak-kanak Empat Tahun Dihukum Penjara Seumur Hidup

Kuala Lumpur – Seorang kanak-kanak lelaki menerima nasib malang apabila dihukum penjara seumur hidup oleh sebuah Mahkamah di Mesir.

 

Portal National Post melaporkan, Ahmed Mansour Karni dijatuhi hukuman itu selepas didapati bersalah melakukan empat pembunuhan ketika dia berusia setahun setengah.

 

Dia merupakan salah seorang daripada 115 pesalah yang dihukum penjara seumur hidup.

 

Bagaimanapun, hukuman ke atas Ahmed Mansour Karni itu dibuat tanpa kehadirannya di mahkamah.

 

Menurut laporan berkenaan, Nama Ahmed dimasukkan dalam senarai itu secara salah namun, mahkamah enggan menerima dokumen bagi membuktikan umur sebenarnya, kata peguam Ahmed Mansour.

 

Seorang lagi peguam, Faisal al-Sayd memberitahu, beliau telah memberikan surat beranak Ahmed kepada mahkamah namun, ia dikatakan gagal disampaikan kepada hakim.

 

“Surat beranak Ahmed Mansour telah diserahkan selepas pihak berkuasa menambah namanya dalam senarai tertuduh, tetapi kes itu kemudiannya dipindahkan ke mahkamah tentera dan hukuman dijatuhkan tanpa kehadiran kanak-kanak itu.

 

“Ini membuktikan bahawa hakim tidak membaca kes ini,” katanya.

 

Seorang lagi peguam, Mohammed Abu Hurira berkata, hukuman itu membuktikan bahawa tiada keadilan di Mesir.

 

Hukuman yang dikenakan terhadap Ahmed Mansour itu bagaimanapun mendapat kritikan hebat daripada penduduk Mesir sambil mereka menuduh berlakunya amalan rasuah selain menyifatkan negara itu telah diperintah oleh sekumpulan orang gila.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.