Ini Karma Untuk Tun Mahathir – Nazri Aziz

KUALA LUMPUR – Kewibawaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini semakin dipertikaikan oleh rakyat Malaysia disebabkan karma yang dilakukan terhadap Tunku Abdul Rahman dahulu, kata Menteri Perlancongan dan Kebudayaan, Dato’ Seri Mohamed Nazri Aziz.

 

“Ini karma itu masa dia derhaka kepada Tunku Abdul Rahman dulu sampai dia hasut orang Melayu untuk benci Tunku Abdul Rahman dengan menyatakan bahawa Tunku suka orang Cina, tapi (sebenarnya) Tunku Abdul Rahman seorang pemimpin Malaysia, semua bangsa dia sokong.

 

“Saya rasa ini karma untuk dia la, makin dia tua makin dia dihina,” katanya ketika sidang media selepas pelancaran Program Istana Budaya.

 

Katanya lagi, susulan tindakan terdesak Dr Mahathir yang ingin menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut  memberi kesan lain termasuk menyebabkan kejatuhan karier politik anaknya.

 

“Apabila Tun Mahathir berusaha selama 1 tahun untuk menjatuhkan najib, tapi Datuk Seri Najib banyak penyokong dan pastinya penyokongnya tidak berpuas hati terhadap Tun Mahathir.

 

“Tapi sekiranya Mukhriz seorang pemimpin yang bagus sudah tentu kita nak jatuhkan dia pun susah, tetapi kerana apa orang penyokong marah terhadap Tun mahathir, maka kelemahan Mukhriz itu diambil kesempatan untuk menjatuhkan Mukhriz kerana dendam terhadap Mahathir.

 

“Tindakannya yang tidak baik itu menyebabkan anaknya terkorban kerana Mukhriz adalah ‘political failure’ kerana tak cukup penggal telah digugur dan ini sangat memalukan kepada keluarga Mahathir,” ujarnya panjang lebar.

 

Mengulas tindakan bekas Perdana Menteri itu yang dikatakan mula mengajak orang ramai melakukan demostras jalanani, Nazri berkata perkara tersebut sangatlah memalukan kerana sambutan yang diterima amat menyedihkan.

 

“Sebab itu dia ajak orang demostrasi sebab tak ada orang yang peduli pun terhadap anaknya. Dia begitu kecewa anak dia telah dikorban kerana perbuatan dia.

 

“Amat memalukan sebab tak ada sesiapa pun peduli,” ujarnya lagi.

 

Semalam beberapa portal berita melaporkan Dr Mahathir bersetuju menyertai demonstrasi jalanan yang dijadualkan bulan depan dalam usahanya untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

 

Selama 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri, Dr Mahathir dikenali sebagai seorang yang cukup keras menentang sebarang gerakan demonstrasi jalanan kerana bimbang kesan buruknya ke atas kestabilan ekonomi, politik dan ketenteraman dalam negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.