Guan Eng Dakwa Komplot Singkir Khalid Ibrahim Agenda PKR

Kuala Lumpur – Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengakui parti PKR sebagai dalang konflik Langkah Kajang tahun 2013 yang menyaksikan Tan Sri Khalid Ibrahim disingkirkan dari parti sekaligus dari jawatan Menteri Besar.

 

Pendedahan tersebut dinyatakan Guan Eng ekoran tidak berpuas hati dengan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, cuba mencampuri urusan pentadbiran kerajaan Pulau Pinang memecat Dua ADUN PKR dari syarikat milik kerajaan negeri.

 

“Khalid dipecat selepas beliau tidak melaksanakan keputusan yang dibuat PKR, dan DAP menghormati keputusan mereka mengenai perkara itu.

 

“Mengapa PKR tidak menyokong kami sekarang? Ia keadaan yang sama. Sekarang mereka (PKR) cuba minta dikembalikan semula jawatan mereka (2 Adun),” kata Guan Eng.

 

Guan Eng berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kritikan PKR terhadapnya kerana memecat Adun Kebun Bunga Cheah Kah Peng dan Adun Bukit Tengah Ong Chin Wen daripada ahli lembaga pengarah Perbadanan Bukit Bendera dan investPenang serta Island Golf Properties Bhd.

 

Island Golf adalah anak syarikat cabang pelaburan kerajaan negeri milik Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dan Guan Eng merupakan pengerusi kepada semua agensi itu.

 

Pemuda PKR Pulau Pinang menyifatkan tindakan Guan Eng itu sebagai tidak matang, autokratik dan tidak adil, serta politik dendam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.