GRO Melayu ‘Kantoi’ Ketika Layan Pelanggan

KUALA LUMPUR: Serbuan keatas beberapa pusat hiburan di ibu negara malam tadi menyaksikan beberapa tangkapan telah dibuat dan mendapati kebanyakan GRO yang ditahan adalah melayu.

 

Ketika serbuan dilakukan, GRO tersebut sedang leka melayan pelanggan didalam bilik masing-masing.

 

Berikutan serbuan yang dilakukan oleh DBKl sempen Operasi Banteras Aktiviti Haram (OPS BAH)  ke 21 ini, terdapat pelanggan yang membantah tindakan seorang pegawai dari JAWI meminta kad pengenalan.

 

Wujud ketegangan ketika insiden itu berlaku, namun berjaya dileraikan oleh pegawai DBKL yang bertugas.

 

Menurut Timbalan Ketua Setiausaha Wilayah, Datuk Hjh NoriAini Abd Wahab berkata, kejayaan OPS BAH kali ini adalah kerana kerjasama daripada NGO yang terlibat.

 

” Ini adalah usaha pihak kementerian bersama agensi-agensi lain termasuk DBKL dan termasuk NGO, saya rasa operasi seperti ini perlu kerjasama daripada semua bukan sahaja agensi kerajaan tetapi juga dari NGO kerana mereka bukan sahaja sebagai pemerhati tetapi juga sebagai ‘support’ kepada kita kerana selepas operasi kita ada tindakan susulan seperti pemulihan.” katanya.

 

Beliau turut menambah, operasi kali ini memfokuskan kepada pusat-pusat hiburan.

 

“Pada kali ini kita ke pusat-pusat hiburan  yang kita dapati mempunyai lesen tetapi melanggar syarat-syarat lesen dan kami juga dapati terdapat pusat hiburan yang beroperasi bertahun-tahun tanpa lesen sudah berleluasa.

 

 

Dalam serbuan tersebut, seramai 146 telah disaring untuk ujian air kencing dan 34 daripada mereka telah gagal ujian tersebut.

 

OPS BAH kali ini melibatkan 367 pegawai dari 20 agensi terlibat seperti DBKL, PDRM, JAWI dan AADK.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.