Bukan ‘Besar Kepala’ Tapi Letih

Juara Akademi Fantasia 2015 (AF2015) Sufi Rashid, 25, menyangkal dakwaan mengenai sikapnya yang dikatakan ‘besar kepala’ dan dikatakan tidak mesra dengan peminat.

 

Memetik laporan Harian Metro, penyanyi berasal dari Singapura ini berkata, kadang-kadang dia mengalami tekanan atau ‘stres’ akibat kesibukan kerja menyebabkan dirinya dianggap punya masalah sikap.

 

“Kadang-kadang apabila sibuk dengan kerja, saya akui sedikit tertekan. Apabila ada yang nampak saya dalam keadaan letih, ramai yang menganggap saya mempunyai masalah sikap,” jelasnya.

 

Katanya, dia mengerti bahawa ada yang akan faham dan begitu juga sebaliknya.

 

“Kepada peminat atau rakan media yang merasakan begitu, saya mohon anda doakan saya dan insya-Allah kita akan bertemu kalau ada rezeki.

 

“Jadi, mungkin selepas mengenali saya dengan lebih dekat, mereka akan tukar persepsi terhadap saya,” katanya yang juga kini baru membuka restoran De’ Tulang Merah di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.