Ugut Bunuh KPN: Kumpulan Bertopeng Pengecut, Bodoh Dan Tak Ada Telur

Kuala Lumpur – Pengguna media sosial mengecam sambil menyifatkan tindakan kumpulan bertopeng yang mengugut untuk membunuh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai pengecut kerana takut untuk mendedahkan identiti sebenar mereka.

 

Tinjauan SuaraTV mendapati, majoriti pengguna Facebook berkata rakaman ‘ala militan Islamic State’ (IS) itu dikeluarkan hanya bertujuan untuk menarik perhatian masyarakat.

 

Semalam sebuah kumpulan yang menggelarkan diri mereka ‘Anak Malaysia Anti Demokrasi’ bertindak memuat naik klip video mengancam untuk meletupkan kereta Khalid sebagai desakan untuk beliau meletakkan jawatan.

 

 

Berikut adalah antara komen di laman Facebook ‘Saya Sayang Tun Dr Mahathir’ :

 

Suria Mentari Pagi: Geng pengecut..berani kerana topeng je..

 

Rizzo Riz Bodoh: membodohkan diri sendiri. …. org cari duit der….. ni cari penyakit

 

Rosli Kulop Mat Amin: Ni lg satu gang bodoh

 

Tengku Casperino:  kau ingt senang polis nk lepas kau buta2?kau tengok polis satu malaysia cari kau nanti..otak bengap betul..tu la minum ketum lagi

 

Edamame Gozen: org x dak teloq ja dok tutup muka ni ..puikk

 

Mohd Ismail: Where is telor? Siap bunyi spesel efek dari mulut …..bangang x sudah sudah…..kalau betul dorang bom pon, apa oeang lain dapat..yang ikut turut serta bodoh…..pada pandangan aku, mereka ni setaraf dengan najis…..

 

Nissa Diyanah: Menyorok dibelakang topeng itu menunjukkan yg mereka ini semua adalah lelaki2 yg pengecut..xbrani sebenarnye..bhs kasar nye “xde tettt”..bhahaahaa..ops..terlebih sudah..

 

Chef Zahid Saat: Jantan jantan tu tak der telur…. Tunjuk ar muka

 

Megat Terawih: Kata pepatah. Limpar batu sembunyikan tangan. Tapi diaorang ni Limpar fitnah sembunyikan telor.

 

Kidung Mu: haha.. tut tut… ckp direct jek kak… jantan dah xder kejantanan @ kemaluan dh bg anjing gonggong… hakk thuiii…

 

Norjan Yusoff: Kalau begini lah alamat tk aman lah negara kita. Dah mcm militen saja dia org ni.

 

Romie Sophian: Ini lah yg terjadi apabila momokan pembangkang asyik mengatakan demokrasi sudah mati dimalaysia. Sekarang natijahnya dah ada kumpulan pengganas yg akan mngembalikan demokrasi yg dikatakan telah mati itu. Puas la hati pembangkang sekarang privokasi demokrasi telah mati telah menampakkan hasil.. apakah akan wujud satu kumpulan militian d malaysia utk mngmblikn demokrasi yg d katakan telah mati? Ataupun adakah nnti militian ini sebenarnya didalangi oleh sesebuah parti politik yg sering mencanangkan demokrasi dimalaysia telah mati?

 

Sementara itu Ketua Penolong Pengarah Bahagian Memerangi Keganasan (CTD) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sebarang ancaman yang ditimbulkan oleh kumpulan pengganas IS adalah serius dan tidak boleh dipermainkan atau digunakan untuk menarik perhatian yang tidak perlu.

 

“Adalah mengancam bukan sahaja keselamatan negara, tetapi juga keselamatan serantau dan global untuk bermain-main dengan imej mereka (IS) semata-mata untuk mendapatkan perhatian adalah tidak sesuai dan tidak sensitif.

“Kami pihak berkuasa mmemandang serius perkara ini dan mereka yang bertanggungjawab untuk menerbitkan kedua-dua video akan dikenakan tindakan serius,” kata Ayob memetik laporan portal Rakyatpost.

 

Video berdurasi 1.27 minit itu dimuat naik di YouTube, memaparkan tiga individu berpakaian hitam dengan muka seorang daripada mereka ditutupi logo kumpulan sementara dua lagi memakai topeng muka.

 

Mereka memberikan amaran dalam bahasa Melayu sambil memegang sekeping kertas memaparkan wajah individu yang tidak dapat dikenal pasti.

 

Seorang daripada ahli kumpulan membaca ugutan yang mempersoalkan adakah Malaysia boleh menggantikan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), KPN dan Ketua Hakim Negara melalui proses demokrasi.

 

“Adakah rakyat Malaysia boleh menukar pengerusi SPR melalui proses demokrasi? Adakah rakyat Malaysia boleh menukar ketua hakim negara melalui proses demokrasi dan adakah rakyat Malaysia boleh menukar ketua polis negara melalui proses demokrasi?

 

‘Tidak, manusia-manusia inilah perosak ejen demokrasi!” kata kumpulan terbabit menerusi video tersebut.

 

Mereka berkata, tindakan itu akan menyebabkan ketua agensi kerajaan takut melakukan kesalahan menipu demokrasi di mana rakyat Malaysia akan bangkit dengan cara bukan melalui demokrasi.

 

Di akhir video, kelihatan seorang lagi lelaki bertopeng bangkit membawa kereta mainan di hadapan lelaki dengan muka bertutup dan membakar kereta tersebut dengan pemetik api disusuli bunyi letupan.

 

Semalam, kumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melancarkan kempen mendesak peletakan jawatan Khalid kerana tindakannya yang sering menahan ahli politik dan aktivis.

 

Pemantau pilihan raya Bersih 2.0 dan Suaram mengadakan sidang media mengutuk tindakan polis yang menahan sesiapa yang mengkritik kerajaan.

 

Kumpulan terbabit melancarkan protes setiap Sabtu di hadapan pusat beli belah Sogo, di Kuala lumpur sebagai tuntutan kebebasan bersuara dan mendesak perletakan jawatan Khalid.

 

Baca: Video: Kumpulan Bertopeng Ugut Bunuh Ketua Polis Negara

 

 

 -ends-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.