Tindakan Keluarga Anwar 
Ibarat ‘Jilat Ludah Sendiri’

KUALA LUMPUR 24 Feb. – Tindakan keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung keputusan kes liwat Ketua Pembangkang itu disifatkan ibarat ‘menjilat ludah sendiri’ dan ‘cakap tak serupa bikin’.

 

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar berkata, permohonan yang dibuat oleh Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail itu secara tidak langsung menunjukkan Anwar mengaku bersalah atas pertuduhan liwat yang dijatuhkan mahkamah sebelum ini.

 

“Ini juga bertentangan dengan pendirian awal Anwar yang menegaskan tidak akan sekali-kali memohon pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong untuk menunjukkan bahawa beliau tidak bersalah.

 

“Malah, permohonan ini dilihat sebagai keputusan keluarga dan bukan keputusan parti. Jelas, dalam keadaan terdesak, mereka sanggup berbuat apa sahaja untuk kepentingan sendiri termasuk membelakangkan pendirian terdahulu dan suara parti,” katanya dalam kenya taan di sini, hari ini.

 

Jamawi menyeru pengikut tegar Anwar dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta seluruh rakyat Malaysia agar membuka mata seluas-luasnya terhadap tipu helah pemimpin pembangkang itu yang bijak memutar-belit isu untuk meraih simpati dan populariti.

 

“Cukup-cukuplah diperbodohkan Anwar dan PKR selama ini. Bukalah minda, terimalah kenyataan dan redalah dengan hukuman yang dijatuhkan,” katanya. – Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.