Presiden Yaman Batal Hasrat Letak Jawatan

Sanaa (Yaman) – Presiden Yaman, Abd Rabbuh Mansur Hadi memutuskan untuk menarik balik peletakan jawatannya sekembalinya beliau dari bandar kelahirannya di Aden, di mana pemimpin itu turut mengadakan pertemuan dengan pegawai kanan keselamatan dan gabenor wilayah.

 

Menurut laman berita Alhadath-Yemen, Hadi telah mengemukakan surat berhubung penarikan balik keputusan itu kepada Parlimen, kelmarin.

 

Menurut Press TV, beliau menegaskan pengunduran dirinya terpaksa dibatalkan susulan situasi yang semakin tegang di selatan dan utara Yaman.

 

Sabtu lalu, Hadi turut menolak kesemua langkah yang telah diambil oleh kumpulan pemberontak Houthi yang telah melakukan rampasan kuasa di negara itu pada awal bulan lalu.

 

“Segala keputusan yang dibuat sejak 21 September lalu adalah tidak sah dan dibatalkan,” tegasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.