Pesawat Air China Mendarat Cemas Selepas Terima Ancaman Bom

Chongqing – Sebuah pesawat penumpang Air China terpaksa membuat pendaratan cemas di lapangan terbang Chongqing pada Rabu kerana didakwa menerima ancaman bom.

 

Menurut laporan agensi berita Xinhua, pesawat CA1336 itu dikatakan membuat penerbangan dari Bandar Nanning di Guangxi Zhuang ke Beijing.

 

Pesawat itu terpaksa mendarat pada jam kira-kira 1.59 petang selepas berlepas kira-kira satu setengah jam sebelum itu.

 

Sumber Air China cawangan Chongqing berkata seorang penumpang mendakwa terdapat satu bahan letupan berada dalam pesawat itu.

 

Saksi berkata, anggota penyelamat dan kecemasan berada di lapangan terbang.

 

Tiga penumpang ditahan pihak polis untuk disoal siasat pada 5 petang Rabu manakala bagi penumpang yang lain meneruskan penerbangan mereka ke Beijing selepas membuat pemeriksaan keselamatan.

 

Siasatan lanjut mengenai perkara ini masih dijalankan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.