Maut Bertembung Lori Pasir

Kota Tinggi – Seorang pemandu kereta berusia 59 tahun maut selepas kenderaannya bertembung dengan sebuah lori pasir di Batu 6 Kampung Berani di sini, kira-kira 3.30 petang tadi.

 

Mangsa yang memandu Perodua Kancil itu dikenal pasti sebagai Mohd Salleh Maliki.

 

Jurucakap bomba berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi bergegas ke lokasi selepas terima panggilan kecemasan 3.48 petang.

 

Menurutnya, setibanya di lokasi kira-kira 13 minit kemudian didapati mangsa terperangkap di tempat duduknya berikutan keretanya remuk di bahagian depan.

 

Katanya, mangsa didapati sudah meninggal dunia, manakala pemandu lori berkenaan tidak cedera.

 

“Kami mengambil masa kira-kira satu jam untuk menamatkan operasi terbabit,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.