Lelaki Ditempat Awam Waktu Solat Jumaat Akan Ditahan

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu menyokong langkah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) untuk mengambil tindakan terhadap umat Islam yang berkelakuan tidak senonoh dan berpakaian tidak sopan di tempat awam di negeri ini.

 

Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata perkara itu termaktub dalam Seksyen 34 dan Seksyen 35 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.

 

Pendekatan digunakan oleh pihak MADIAM itu adalah untuk mendidik masyarakat khasnya golongan belia Islam agar sentiasa menjaga akhlak mereka di tempat awam, katanya kepada pemberita selepas taklimat di Wisma Persekutan di sini hari ini.

 

Menteri Besar berkata pihak MAIDAM juga diminta memperkemaskan lagi undang-undang sedia ada termasuk larangan kepada umat Islam lelaki berada di tempat awam ketika solat Jumaat.

 

Katanya mereka yang ditangkap kerana melanggar peraturan itu akan dipanggil untuk sesi kaunseling dan jika masih lagi melakukan kesalahan yang sama, tindakan undang-undang atau denda akan dikenakan.

 

“Kaedah mendidik, penguatkuasaan cara terbaik … pastikan pelaksanaan yang dibuat itu betul dan sewajarnya,” katanya. – MStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.