Lelaki Ditahan Bersama Pedang Samurai

PULAU PINANG 25 Feb. – Seorang lelaki ditahan polis tengah malam tadi di Bukit Mertajam di sini, bagi membantu siasatan kes tembak yang mencederakan dua beranak di Jalan Song Ban Kheng tengah hari semalam.

 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mazlan Kesah berkata, polis turut merampas sebilah pedang samurai di rumah lelaki berkenaan.

 

Menurutnya, polis kini sedang memburu tiga lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam kes berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.