Kereta Kerajaan Diguna Pegawai JPJKK Dicuri

KUALA LUMPUR – Kereta milik kerajaan yang digunakan Ketua Penolong Pengarah Operasi Darat, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), SAC Zainuddin Yaacob dilaporkan hilang di hadapan rumahnya di Taman Prima Saujana, Kajang pagi Isnin.

 

Difahamkan, kereta jenis Proton Inspira itu dipercayai dicuri kira-kira 6.20 pagi.

 

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ab Rashid Ab Wahab megesahkan perkara itu dan berkata beliau difahamkan kenderaan itu kemudiannya ditemui di Seremban, Selasa malam.

 

Katanya pihaknya sedang menunggu laporan penemuan tersebut untuk maklumat lanjut.

 

Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan, katanya. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.