Duda Curi Coli Untuk Koleksi

KLANG – Seorang duda dicekup selepas dipercayai mencuri coli dan seluar dalam wanita di sebuah rumah di Jalan Sungai Jati, Taman Seri Bahagia, di sini, kelmarin.

 

Mangsa membuat laporan polis mengenai pecah masuk rumah jam 11 malam.

 

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, siasatan mendapati duda berusia 35 tahun itu merupakan jiran kepada mangsa tersebut.

 

Menurutnya, baju dan seluar dalam wanita turut ditemui di rumah suspek.

 

“Kita percaya suspek yang aktif sejak dua, tiga tahun lalu menjadikan pakaian dalam yang dicuri tersebut sebagai koleksi sahaja.

 

“Duda itu turut mencuri televisyen, cerek elektrik, kasut, beg, kamera, mesin Jahit dan mesin pencetak. Disyaki, suspek melakukan aktiviti itu secara berseorangan,” katanya.

 

Lelaki berkenaan disyaki mencuri coli dan seluar dalam wanita di ampaian di sekitar Taman Seri Bahagia, Klang. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.