BN Tidak Bertanding PRK DUN Chempaka – PM

Kuala Lumpur – Barisan Nasional (BN) tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka bulan depan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

 

Najib berkata, keputusan itu diambil untuk memberi keutamaan kepada urusan bantuan pasca banjir kepada mangsa dan usaha kepada perpaduan ummah.

 

“Keputusan diambil selepas mendapat penjelasan daripada UMNO Bahagian itu,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di sini, sebentar tadi.

 

Mengenai PRK Permatang Pauh, Najib berkata soal kekosongan kerusi atau pilihan raya kecil perlu diadakan belum diputuskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

 

Kita tunggu ikut pada tafsiran Perlembagaan oleh SPR, jika sudah diputuskan, MT akan bermesyuarat untuk tentukan keputusan,” katanya. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.