Syarikat Malik Mydin Dilantik Penganjur Le Tour De Langkawi 2019-2021

KEMENTERIAN Belia dan Sukan mengumumkan Human Voyage (M) Sdn. Bhd. sebagai pengurus acara kejohanan berbasikal terbesar di Asia, Le Tour de Langkawi 2019 (LTdL 2019).

Menurut Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd Wahab memaklumkan Human Voyage (M) Sdn. Bhd. juga telah dilantik sebagai pengurus acara Le Tour de Langkawi 2020 dan Le Tour de Langkawi 2021.

“Saya baharu sahaja terima panggilan daripada KBS (Kementerian Belia dan Sukan). Ia berkaitan pemilihan tender bagi lantikan syarikat yang akan menganjurkan LTdL bagi tempoh tiga tahun bermula 2019,” katanya.

Pengumuman ini menimbulkan misteri kerana Human Voyage dikaitkan dengan Datuk Abdul Malik Mydin , salah seorang penyokong kuat Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebelum ini terdapat khabar angin bahawa syarikat ini telah gagal dalam tender menjadi pengurus acara LTDL.

Bagaimanapun pengumuman ini ttidak memaklumkan jumlah peruntukan kerajaan atau tajaan yang bakal diperolehi dan pembahagian antara kerajaan dan Human Voyage.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.