SPR: Waktu Pengundian PRK Cameron Highlands Sama Seperti PRU-14

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)  menafikan pewartaan waktu mengundi di beberapa kawasan pengundian dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands adalah dibuat bagi tujuan menindas pengundi tradisi Barisan Nasional (BN).

Waktu penutupan awal pusat mengundi tersebut juga adalah sama seperti yang dilaksanakan pada PRU-14, walau bagaimana pun pada PRK ini penambahan saluran sebanyak 18 saluran dibuat menjadikan 88
saluran kesemuanya berbanding hanya 70 saluran pada PRU-14 lalu bagi memastikan kelancaran proses pengundian.

Kenyataan ini menjawab dakwaan beberapa pihak bahawa SPR memendekkan waktu mengundi di kawasan DUN Jelai sebagai satu sabotaj.

Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun menyatakan masa pengundian di beberapa saluran yang pendek kerana ia berada jauh dari pusat perjumlahan undi.

“Waktu penutupan awal pusat mengundi tersebut juga adalah sama seperti yang dilaksanakan pada PRU-14, walau bagaimana pun pada PRK ini penambahan saluran sebanyak 18 saluran dibuat menjadikan 88 saluran kesemuanya berbanding hanya 70 saluran pada PRU-14 lalu bagi memastikan kelancaran proses pengundian.Dalam pilihan raya umum ke-14 juga saluran pengundian ini ditutup seperti dalam PRK ini,” jelas Azhar.

SPR turut memaklumkan bahawa, berdasarkan daftar pemilih pada Suku Ketiga Tahun 2018 yang  dikemaskini sehingga 14 Disember 2018, jumlah pemilih yang layak untuk mengundi biasa adalah 31,749 orang. Walau bagaimanapun, daripada jumlah tersebut sebanyak 110 kertas undi pos telah dikeluarkan kepada pengundi yang layak mengundi secara pos menjadikan mereka yang layak mengundi biasa pada Sabtu, 26 Januari 2019 ini adalah seramai 31,639 orang.

SPR juga meminta para pengundi agar membuat semakan maklumat daftar pemilih mereka lebih awal sebelum hari pengundian. Bagi mengetahui maklumat daftar pemilih tersebut, pengundi boleh membuat semakan melalui saluran-saluran berikut:

a) layari portal rasmi SPR di www.spr.gov.my ; atau
b) telefon ke talian 03-88927018; atau
c) menyemaknya melalui aplikasi MySPR Semak.

Bagi pengundi yang telah mengetahui maklumat daftar pemilih, mereka tidak perlu menyemaknya lagi di barung SPR. Sebaliknya mereka diminta untuk mencatat dan menyimpan maklumat seperti berikut:
a) pusat mengundi,
b) saluran mengundi,
c) nombor bilangan pemilih.

Pengundi juga disaran membawa catatan maklumat tersebut serta menunjukkannya kepada Kerani Pengundian Pertama (KP1) di saluran. Catatan itu akan memudahkan KP1 untuk membuat semakan nama dan membantu kelancaran proses pengundian.

Selain itu SPR mengingatkan pengundi juga dinasihatkan supaya membawa kad pengenalan atau
dokumen pengenalan diri yang rasmi dan sah (yang memaparkan maklumat gambar, nama dan nombor kad pengenalan) pada hari mengundi serta tidak menyerahkan kad pengenalan mereka kepada pihak
lain selain daripada petugas pilihan raya.-SUARA.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.