Video: Mayon Muntah Lava 61,000 Ribu Dipindahkan

MANILA – Pihak berkuasa memin­dahkan lebih 61,000 penduduk selepas Gunung Mayon memuntahkan lava serta debu setinggi 5 kilometer (km).

Menurut Reuters, amaran paras tertinggi iaitu paras lima dikeluarkan selepas lava dari puncak kawah menghambur selama lebih 19 jam sejak pagi kelmarin, kata ahli vulkanologi tempatan.

Lava naik antara 500 hingga 600 meter tinggi selama kira-kira tujuh minit hingga lebih sejam dan menyebabkan abu menjulang antara 3km hingga 5km di atas kawah, kata Institut Vulkanologi dan Seismologi (Phivolcs).

Sekolah-sekolah ditutup di 17 bandar dan kawasan perbandaran di Albay serta berhampiran wilayah Camarines Sur yang turut terjejas dengan hujan abu, petik Kosmo

Kira-kira 56 penerbangan dibatalkan akibat letusan Gunung Mayon yang merupakan gunung berapi paling aktif dan paling cantik di Filipina.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.