Video: Gara-Gara Tidak Ada Yang Peduli, Lelaki Ini Meninggal Dunia Di Tengah Jalan

HAINAN – Gara-gara tidak mendapat bantuan, seorang lelaki pertengahan umur meninggal dunia di tengah jalan.

Dilaporkan oleh wartawan Grid.ID dari Medium.com/Shanghaiist, lelaki warga emas itu sedang menaiki motosikal dan berhenti di depan Pasar Lingao, Hainan, China.

Tiba-tiba, dia memberhentikan motosikalnya, lalu kelihatan terhuyung-huyung, sebelum jatuh ke tanah.

Ketika itu ramai orang yang melalui kawasan tersebut namun tiada ada seorang pun yang peduli, terhadap lelaki itu.

Lima minit kemudian, seorang wanita kelihatan menghampiri lelaki  tersebut dan melakukan pertolongan cemas.

Namun malangnya  nyawa lelaki itu sudah tiada dan dia meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.