Video: Farid Kamil Nafi Masukkan Dadah Dalam Badan

PETALING JAYA – Seminggu selepas didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan mencederakan anggota polis dan orang awam, pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Farid Kamil yang berdepan dengan empat pertuduhan sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Farid didakwa menggunakan dadah berbahaya Tetra Hydrocannibol (THC) di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada 11 Januari lalu.

Farid atau nama penuhnya, Farid Kamil Zahari, 37, didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya.

Majistret, Nor Ariffin Hisham membenarkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin serta memerintahkan Farid Kamil, 37, menyerahkan passport kepada mahkamah.

Sebutan semula kes pada 5 Mac depan.

Terdahulu, Farid Kamil dan adiknya, Fadzil Zahari serta peguam tiba di mahkamah jam 10 pagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.