Video: Azwan Ali Lapor Skandal Seks Azmin Ali Pada Polis

kUALA LUMPUR – Selebriti kontroversi, Azwan Ali hari ni membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali ekoran daripada atu penulisan blog yang mendedahkan kontroversi seks dan salah laku tidak bermoral.

Menurut Azwan, kes ini perlu disiasat kerana ia melibatkan penjawat awam tertinggi di Selangor.

“Untuk pihak polis menyiasat kes kontroversi seks dan salah laku tidak bermoral yang melibatkan seorang lelaki yang bernama Mohammad Azmin Bin Ali yang kini bergelar datuk Seri yang sudah tersebar luas Internet dengan tajuk Asalkan Bukan Shamsidar: 7 Wanita Gelap Azmin Ali di blog Malay Glamour.

“Tujuan utama adalah agar pihak polis menjalankan siasatan terperinci dan mengesahkan status kes berkenaan dan kesahihan blog tersebut,”katanya ketika ditemui media selepas membuat laporan polis di IPD dang Wangi tadi.

Tambah beliau lagi, sekiranya terbukti benar, tindakan oleh pihak polis perlu di ambil terhadap Azmin kerana beliau memegang jawatan tertinggi di Selangor.

“Jika terbukti kesahihan kes berdasarkan bukti-bukti sedia ada, tindakan polis segera perlu kerana ia melibatkan penjawat awam tertinggi negeri Selangor,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau juga turut mempertikaikan tindakan Azmin yang hanya berdiam sendiri selepas menerima beberapa tuduhan dan tidak mempertahankan maruah beliau dan keluarganya.

“Apa masalah kau, dah 2 minggu orang baling lumpur taik kat muka kau, kat muka bini kau, Shamsidar, Kau ta ada anak ke? kau tak pertahankan maruah. kenapa kau senyap?” katanya.

Sebelum ini Azwan sudah menghantar ‘bukti’ kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai salah laku dan rasuah yang didakwa ada hubung kait dengan Azmin.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.