Tanah Mendap Kereta Menggelungsur

Penduduk Taman Temerloh Jaya 9, Temerloh, gempar berikutan kejadian tanah mendap yang mengakibatkan dua kenderaan menggelungsur pagi tadi.

Norpisah Salleh, 46, berkata dia dimaklumkan kejadian oleh penduduk berhampiran yang lalu di depan rumahnya ketika menyiapkan dua anak untuk ke sekolah jam 6.50 pagi.

“Saya dimaklumkan khemah digunakan untuk meletak benih tanaman kebun suami hendak runtuh manakala kereta saya yang diparkir berhampiran berada dalam keadaan senget.

“Terkejut apabila melihat dua kereta milik jiran sudah menggelungsur ke bawah,” katanya ketika ditemui di kediamannya hari ini, lapor Metro

Norpisah berkata, kereta miliknya dialihkan oleh penduduk manakala dua kereta milik jirannya dialihkan menggunakan kren.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh Datuk Azlan Md Yaman berkata, siasatan awal pihaknya mendapati ada aliran air bawah tanah di lokasi yang menyebabkan mendapan berlaku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.