Pengetua 51 Tahun Dituduh Jalin Hubungan ‘Istimewa’ Dengan Pelajarnya Berusia 14 Tahun

Seorang pengetua berusia 51 tahun dituduh mempunyai hubungan istimewa dengan seorang murid perempuan berusia 14 tahun.

Kejadian ini berlaku di Daerah Bua Yai, Nakhon Ratchasima, Thailand.

Dilaporkan dari Asia One , pengetua bernama Nathapop Boonthongtho ini dipindahkan ke dari sekolah ke satu jawatan yang tidak aktif. Dia dipindahkan ke sana sementara menunggu siasatan panel disiplin.

Jika dia didapati bersalah, dia akan dipecat daripada perkhidmatan awam dan juga tertakluk kepada pendakwaan jenayah.

Kejadian ini didedahkan oleh seorang guru bernama Patong Thanoen Samakke yang membawa skandal ini ke media sosial.

Dia mendapat bukti perbualan mesej dari telefon gadis itu.

Bukti itu telah mendorong Pejabat Perkhidmatan Pendidikan Praktikal Nakhon Ratchasima 6 untuk menubuhkan panel disiplin bagi menyiasat dakwaan tersebut.

Mereka akan menyiasat hubungan antara pengetua it  dengan pelajarnya dan hubungan tersebut dikatakan baru terjalin dalam masa 3 bulan.

Jawatankuasa ini dijangka mengumpulkan bukti dan melaporkan hasilnya kepada pengarah pejabat pendidikan dalam tempoh tujuh hari.

Dalam pada itu, seorang rakan mangsa memberitahu panel bahawa gadis itu sebelum ini mempunyai teman lelaki.

Bagaimanapun, selepas Nathapop bekerja di sekolah itu , dia telah menjalin hubungan istimewa dengan gadis itu.

Rakan gadis ini juga memberitahu bahawa pengetua tersebut akan menyuruh gadis itu untuk ponteng sekolah dan mereka akan pergi bercuti serta tinggal bersamanya di sebuah pusat peranginan.

Mangsa sendiri juga memberitahu bahawa dia jatuh cinta dengan Nathapop apatah lagi Nathapop berjanji untuk berkahwin dengan gadis itu pada 14 Februari ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.