Penerbit Kata Farid Kamil Tipu, Ibu Mentua Dakwa Tidak Tahu

KUALA LUMPUR ― Ibu mentua Datuk Farid Kamil terkejut berikutan menantunya membuat laporan di balai polis Mutiara Damansara.

Norsiah Ramli juga tidak tahu sama ada aduan itu berkaitan isu rumah tangga pelakon tersebut atau hal lain, lapor mStar Online.

“Saya baru tahu dan terkejut. Sumpah saya tak tahu apa-apa,” katanya.

Semalam, Farid memuat naik fotonya di depan balai dan meminta peminat mendoakan perjuangannya. Laporan itu menimbulkan tanda tanya kerana tiada penjelasan lanjut.

Sementara itu, penerbit drama Lafazkan Kalimah Cintamu mendakwa Farid tidak berdisiplin dan melanggar syarat penggambaran hingga produksi mengalami kerugian, lapor Berita Harian.

“Jika benar dia ingin saman saya, saya pun ingin menuntut kerugian kerana masalah yang ditimbulkan olehnya,” kata Siti Rosmizah Semail.

Mendakwa ada bukti dan foto berkaitan, beliau mengalu-alukan saman Farid bagi membuktikan siapa sebenarnya bersalah.

“[…] saya juga menerima tuntutan daripada peguam Farid yang mendakwa anak guamnya diminta membuat aksi lasak membahayakan nyawa ketika penggambaran LKC,” katanya.

“Sebenarnya tilam disediakan untuk adegan yang memerlukan Farid jatuh, jadi bagaimana pula boleh membahayakan nyawa?” – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.