Pada Usia 92 Tahun, Mahathir Mahu Jadi PM Sekali Lagi

Tulisan asal oleh:
Malaysia Today, 24 Januari 2018

(Reuters) – Pada usia 92 tahun, Mahathir Mohamad akan menjadi orang tertua di dunia untuk dipilih sebagai perdana menteri jika beliau memenangi pilihan raya umum akan datang di Malaysia. Tetapi untuk melakukan itu, beliau perlu memenangi hati rakayat dalam lingkungan 20-an dan 30-an, golongan undi dominan di negara itu – dan kebanyakannya tidak dapat memutuskan pilihan mereka.

Dengan pilihan raya negara Asia Tenggara itu yang dijadualkan diadakan menjelang Ogos ini, Mahathir sedang memperbaiki semula imejnya – tidak lagi sebagai Perdana Menteri autokratik yang memerintah Malaysia selama lebih dari dua dekad, beliau memperlihatkan dirinya sebagai pembangkang negara yang bersifat kebapaan.

Beliau memenuhkan laman Twitter beliau dengan catatan yang menarik, ceria, dan juga dengan swafoto untuk menarik perhatian golongan milenium.

“Mencari inspirasi untuk memerangi Kuasa Gelap”, satu catatan dalam laman Tweeter Mahathir pada bulan Disember dengan gambar beliau dan isterinya menonton ‘Star Wars: The Last Jedi’. Ia menjadi tular, dengan lebih daripada 8,500 ‘retweet’ dan kira-kira 15,000 ‘likes’.

Transformasi Mahathir termasuk berbaik dengan pengkritiknya yang paling hebat dan bekas timbalan perdana menterinya, Anwar Ibrahim, yang beliau pecat pada tahun 1998 dan dipenjarakan pada tahun berikutnya atas dakwaan rasuah dan liwat, yang merupakan satu jenayah di Malaysia. Persengketaan mereka telah membentuk landskap politik negara sejak dua dekad yang lalu.

Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara penggal kedua atas tuduhan meliwat, tetapi telah menandakan penerimaannya bahawa Mahathir mengetuai kempen pembangkang untuk menggulingkan Perdana Menteri semasa Najib Razak dan parti pemerintah Barisan Nasional (BN). Sebagai balasannya, Mahathir telah berjanji bahawa beliau akan meminta pengampunan diraja untuk Anwar jika beliau menang pilihan raya dan kemudian meletak jawatan dan membenarkan Anwar untuk menjadi perdana menteri.

“Saya tidak berasa kasihan untuk masa lalu Mahathir,” kata Nurul Izzah, anak perempuan Anwar yang berusia 37 tahun itu, yang merupakan pengarah bersama untuk kempen pilihan raya pembangkang.

“Pada saya, beliau mempunyai banyak yang perlu beliau jawabkan dan saya sangat menghargai bahawa beliau tidak mempertahankan dirinya pada hari menerima keputusan (sebagai calon perdana menteri),” katanya dalam satu temu bual.

Isteri Anwar, Wan Azizah Wan Ismail, telah dinamakan sebagai calon Timbalan Perdana Menteri.

“Saya terhutang budi dan saya mengucapkan terima kasih kepada Anwar,” kata Mahathir selepas beliau diisytiharkan sebagai calon perdana menteri, dengan mengatakan sememangnya tidak mudah untuk Anwar bersetuju dengan perjanjian itu.

Tokoh Perpecahan

Imej Mahathir dalam media sosial adalah seperti watak bersifat kebapaan yang lucu tetapi bijak yang keluar dari persaraan politik beliau untuk membantu memperbaiki kesalahan Najib dan kerajaannya.

“Beliau telah memperbaiki imej dirinya dengan baik. Anda tidak dapat mencari ‘Mahathir diktator’ di platform media sosialnya,” kata Adib Zalkapli, seorang penganalisis dengan perundingan risiko Vriens & Partners. “Pengundi muda, terutama yang berumur di bawah 30 tahun, tidak ingat sejarahnya dengan Anwar atau gaya kepimpinannya.”

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, ketua pemuda parti Mahathir dan pengurus akaun Twitternya, berkata bekas perdana menteri itu berhati-hati dalam imejnya dalam talian. Beliau menulis catatannya di media sosial di atas kertas dan menyerahkannya kepada saya, kata Syed Saddiq.

“Saya hanya membantu untuk menaip. Beliau yang melakukan segala-galanya,” kata pemimpin belia berusia 25 tahun itu.

Sistem itu nampaknya berkesan – pengikut Twitter beliau meningkat dari 15,000 awal tahun lalu kepada lebih 300,000 sekarang.

“Di Facebook, demografi sasarannya berusia 30-an dan 40-an, dan di Twitter beliau berinteraksi dengan golongan milenium. Beliau juga merancang untuk memulakan akaun Instagram,” kata Syed Saddiq, sambil menambah beliau merasa sukar untuk mengikut langkah Mahathir.

Antara tahun 2013 dan 2017, kira-kira dua juta pengundi baru yang berdaftar di Malaysia, ramai yang berumur antara 21 dan 30 tahun, menurut anggaran oleh agensi tinjauan bebas Merdeka Centre.

Rakyat Malaysia yang berumur antara 21 dan 40 mewakili 42 peratus daripada 14.6 juta pengundi berdaftar pada suku kedua 2017, menurut anggaran oleh kumpulan advokasi pengundi belia Watan.

Satu kaji selidik yang diterbitkan pada bulan September oleh Merdeka Centre mendapati bahawa 70 peratus responden yang berumur antara 21 hingga 30 tidak berminat dengan politik dan jauh lebih prihatin dengan inflasi, rasuah dan mata pencarian mereka.

Kebanyakan golongan muda Malaysia hanya tahu Mahathir sebagai “bapa pemodenan”, yang membawa asas perkilangan yang pelbagai dan berteknologi tinggi kepada ekonomi yang telah lama bergantung kepada perladangan dan perlombongan.

Dipenjara tanpa bicara

Tetapi ramai yang lain akan mengingati tuduhan terhadapnya tentang kronisme, meruntuhkan sistem kehakiman dan menindas dan menghalang perbezaan pendapat. Pada tahun 1980-an, ramai pembangkang dan pemimpin masyarakat sivil dipenjarakan tanpa perbicaraan, dan surat khabar yang kritikal terhadap pentadbiran Mahathir telah ditutup.

Kua Kia Soong, bekas ahli parlimen pembangkang yang merupakan antara mereka yang ditahan pada tahun 1980-an, mengatakan bahawa beliau menyalahkan Mahathir kerana membina sistem yang sama yang beliau sedang cuba tentangi sekarang ini.

“Untuk mempunyai orang seperti itu sebagai pemimpin pembangkang kepada Najib dan Barisan Nasional adalah satu kekecewaan yang besar,” katanya.

“Beliau tidak menunjukkan bahawa beliau telah dilahirkan semula sebagai seorang demokrat.”

Mahathir menentang bekas anak didiknya Najib pada tahun 2015 selepas berita mengenai skandal berjuta-bilion dolar yang melibatkan dana negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tersebar, yang telah disiasat atas tuduhan pengubahan wang haram di sekurang-kurangnya enam negara.

Najib telah menafikan sebarang salah laku.

Kaji selidik oleh Merdeka Center pada bulan Disember menunjukkan bahawa Najib mungkin akan kekal berkuasa dalam pilihan raya akan datang kerana pembangkang berada dalam keadaan berpecah belah dan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang menurut pengkritik memihak kepada kerajaan.

Parti pembangkang PAS telah menolak untuk menyertai gabungan Mahathir, menimbulkan kemungkinan pertandingan tiga penjuru yang kemungkinan akan membahagikan undi untuk pembangkang.

Gabungan Najib memenangi 133 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen pada pilihan raya 2013 tetapi kalah undi popular. Pembangkang mendapat 89 kerusi, termasuk 21 untuk PAS.

Pembangkang akan perlu untuk bergantung kepada Mahathir untuk menarik pengundi muda dan orang Melayu luar bandar – demografi yang lama tidak dapat dimenangi pembangkang. Mahathir, menurut penyokongnya, boleh memenangi kedua-dua segmen itu.

“Di kawasan luar bandar, Mahathir adalah popular. Beliau adalah faktor penting apabila ia datang kepada orang Melayu luar bandar,” kata Saifuddin Abdullah, seorang pemimpin pembangkang yang bersekutu dengan Mahathir.

Link asal artikel:
http://www.malaysia-today.net/malaysian-makeover-at-92-mahathir-seeks-to-be-pm-again/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.