Mana Suara Pemimpin Pakatan Dalam Isu Skandal Terowong

Projek terowong dasar laut di Pulau Pinang kini hangat diperkatakan. Malah kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan Eng baru-baru ini yang mendakwa setakat ini tiada bayaran dibuat untuk projek ber­kenaan telah mencetuskan banyak persoalan.

Bukan itu sahaja, Guan Eng turut membidas beberapa akhbar arus perdana yang didakwa memutarbelitkan laporan berhubung isu pembiayaan itu.

Selain itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah membuat serbuan di beberapa pejabat kerajaan di Komtar dan syarikat berkaitan projek itu telah menghangatkan lagi kes terowong ini.

Dan disaat projek berkenaan hangat diperkatakan, pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang lain menjadi bisu. Tidak nampak pun sebarang komen mereka mengenai projek terbabit.

Ia termasuklah pengerusi Pakatan Harapan, Mahathir Mohamad yang ketika ini lebih sibuk menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan `mengorek’ pelbagai perkara walaupun hakikatnya serangan yang dilakukan itu tidak benar.

Bukan sahaja isu 1MDB yang kembali diperkatakan malah Mahathir juga sibuk memperkecilkan graduan yang berniaga nasi lemak dan memandu Uber.

Selain Najib, Mahathir juga sedang giat menyerang PAS dan kedua-dua pihak kini saling berbalas serangan.

Bukan sahaja Mahathir, malam pemimpin lain yang terkenal dengan mulut lantang iaitu Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, sedikitpun tidak menyentuh mengenai isu terowong ini, sebaliknya lebih suka mencari kesilapan Barisan Nasional (BN).

Adakah mereka tidak berani untuk memberikan komen mengenai isu projek terowong dasar laut di Pulau Pinang ini?

Mereka melaungkan slogan membanteras rasuah habis-habisan namun mereka mendiamkan diri apabila kes ini berlaku kepada DAP. Walaupun Guan Eng cuba menegakkan benang yang basah, namun pendedahan demi pendedahan menunjukkan sebaliknya.

Tapi hakikatnya itulah perangai hipokrit pemimpin pembangkang. Mereka hanya berani menyerang orang tertentu sahaja. Kononnya merekalah paling bersih dan pejuang keadilan, tapi sebenarnya jauh api dari panggang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.