Mahathir Perdana Menteri Malaysia Yang Paling Teruk – Anwar

Tulisan asal oleh:
Raja Petra Kamarudin, Malaysia Today, 24 Januari 2018

Pada 11 September 2013, Anwar Ibrahim berkata dalam blognya bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad adalah Perdana Menteri Malaysia yang paling teruk.

Dalam perenggan dua artikel itu (lihat di bawah), ia berkata, “Sangat mudah untuk melihat mengapa dan bersimpati dengan rakyat Malaysia kerana ditipu oleh Mahathir yang licik itu. Beliau jelas telah memenangi hati mereka dengan berlagak seolah-olah mengambil berat tentang rakyat Malaysia dan kebimbangan mereka.”

Catatan blog itu terus berkata, “Ini menghina demokrasi dan kejahatan keadilan yang sangat dasyat, bahawa beliau hidup seperti seorang diktator dan boleh terlepas dengan begitu sahaja dari sebarang bentuk hukuman. Ianya menakjubkan kerana ini bertentangan dengan apa yang selalu dikatakan oleh BN dan terutamanya UMNO kepada orang Melayu dan rakyat Malaysia.”

Taktik Machiavelli dan cara eksploitasi Mahathir didedahkan dalam perenggan ini – “Walaupun Mahathir dalam hatinya tidak peduli apa yang sebenarnya berlaku kepada orang Melayu, beliau memastikan beliau akan diangkat sebagai juara dalam perjuangan untuk Melayu. Beliau memanfaatkan undi kawasan Melayu untuk mendapatkan kuasa dan kekal berkuasa dengan memberi gambaran imej palsu bahawa beliau menjaga kepentingan orang Melayu.”

Pendek kata, artikel itu menegaskan bahawa Malaysia berada dalam keadaan sekarang kerana Mahathir dan pemimpin seperti Mahathir tidak patut dibenarkan untuk berkuasa: “… adalah penting bagi rakyat Malaysia untuk belajar daripada pengalaman mereka hidup di bawah pemerintahan pemimpin seperti Mahathir untuk memastikan bahawa tidak ada pemimpin jahat seperti itu yang muncul kelak di negara ini.”

Soalan yang paling penting hari ini ialah: adakah Anwar telah mengubah pandangan beliau tentang Mahathir selama empat tahun yang lalu dan jika benarlah, mengapa? Dan sekiranya Anwar masih merasakan yang sama tentang Mahathir seperti yang dirasakannya dahulu, maka kenapa dengan lakonan Mahathir sebagai Perdana Menteri sementara? Adakah ini kerana Pakatan Harapan tidak mampu untuk mendapatkan undi Melayu yang mencukupi untuk memenangi PRU14 dan mereka berharap Mahathir akan mendapatkannya untuk mereka?

*****

Kenapa Mahathir adalah perdana menteri Malaysia yang paling teruk

Blog Anwar Ibrahim

Semakin ramai rakyat Malaysia kini mula merasakan kemarahan dan kekecewaan terhadap politik Mahathir Mohammad, sejak masanya sebagai perdana menteri, memandangkan banyak pendedahan yang dilakukan berkenaan dengan kekejaman dan salah laku yang dilakukan olehnya.

Sangat mudah untuk melihat mengapa dan bersimpati dengan rakyat Malaysia kerana ditipu oleh Mahathir yang licik itu. Beliau jelas telah memenangi hati mereka berlagak seolah-olah mengambil berat tentang rakyat Malaysia dan kebimbangan mereka.

Tetapi selepas beliau tidak lagi menjadi perdana menteri dan kewujudan media sosial, terdapat kemunculan pelbagai tuduhan salah laku yang boleh dianggap sebagai jenayah dalam beberapa keadaan.

Tetapi adakah sebarang hasil daripada itu? Adakah Mahathir pernah disoal mengenai mana-mana tuduhan ini oleh mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang di negara ini? Ini benar-benar menghairankan dan sebab mengapa kebanyakan rakyat Malaysia kini percaya Mahathir lebih berkuasa daripada undang-undang negara ini.

Ini menghina demokrasi dan kejahatan keadilan yang sangat dasyat, bahawa beliau hidup seperti seorang diktator dan boleh terlepas dengan begitu sahaja dari sebarang bentuk hukuman. Ianya menakjubkan kerana ini bertentangan dengan apa yang selalu dikatakan oleh BN dan terutamanya UMNO kepada orang Melayu dan rakyat Malaysia.

Agenda Mahathir bermula ketika beliau muda

Semasa Tunku Abdul Rahman dan rakan-rakannya berjuang untuk demokrasi, Mahathir yang masih muda menunggu di sayap, setelah berkhidmat sebagai doktor perubatan, untuk kesempatan baginya untuk berada di tengah-tengah politik Malaysia.

Dengan perpecahan Singapura dari Malaysia dan Tunku yang telah melakukan perkara yang betul dengan berpegang kepada prinsip demokrasi, Mahathir menyahut cabaran untuk menjadi anjing yang menyalak, menunjukkan keberanian dan kebengisannya kepada Lee Kuan Yew.

Seperti yang terbukti hari ini, Tunku melakukan perkara yang tepat dan betul apabila sesiapa sahaja boleh menyaksikan sejauh mana Singapura telah maju sebagai sebuah republik. Mahathir yang sebenarnya salah kerana menentang kemahuan Tunku.

Selepas itu, Mahathir dilihat sebagai rasis dan cauvinis Melayu. Ini agak aneh kerana secara peribadi Mahathir bukanlah seorang rasis atau cauvinis. Ini dilihat sebagai sedikit dikotomi antara pemikiran dan tingkah laku beliau.

Sebab mengapa Mahathir bertindak sedemikian adalah kerana ia bertujuan untuk memainkan kad perkauman di Malaysia yang berbilang kaum ini. Dengan berbuat demikian beliau memenangi hati majoriti orang Melayu dan mendapatkan sokongan mereka untuk beliau.

Dengan menulis “The Malay Dilemma,” beliau dapat mengungkapkan pandangannya dengan cara memberi kredit dan mewajarkan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (NEP) yang kejam dan jahat itu dan program tindakan afirmatif untuk membantu kaum bumiputra yang merana secara ekonomi tetapi yang hanya berfungsi untuk mewujudkan golongan elit Melayu.

Walaupun Mahathir dalam hatinya tidak peduli apa yang sebenarnya berlaku kepada orang Melayu, beliau memastikan beliau akan diangkat sebagai juara dalam perjuangan untuk Melayu. Beliau memanfaatkan undi kawasan Melayu untuk mendapatkan kuasa dan kekal berkuasa dengan memberi gambaran imej palsu bahawa beliau menjaga kepentingan orang Melayu.

Dengan berbuat sedemikian, sementara orang Melayu bergerak ke hadapan sedikit demi sedikit, golongan elit Melayu yang terdiri daripada Mahathir dan kroni-kroni bergerak ke depan untuk mengumpulkan dan merampas bahagian terbesar dalam pai ekonomi yang semakin berkembang itu. Tidak ada pengagihan kekayaan yang saksama seperti yang didakwa oleh penyokong DEB.

Walaupun semua rancangannya berjalan lancar, Mahathir mengalami halangan besar apabila beliau terpaksa memecat Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menterinya. Inilah yang mencetuskan rantaian peristiwa di mana Malaysia mengalami kekacauan dan kekeliruan.

Persoalan, keraguan dan kecurigaan terhadap peranan Mahathir

Sejak krisis kewangan 1997 dan 1998, yang menyaksikan rakyat Malaysia menderita dengan teruk, semuanya berubah di negara ini. Alasannya adalah kerana pelbagai persoalan, keraguan dan kecurigaan yang semakin meningkat tentang peranan yang dimainkan oleh Mahathir dalam pelbagai aktiviti yang bersifat meragukan.

Sangat jelas bahawa Mahathir adalah dalangnya selepas beliau meletakkan jawatan sebagai perdana menteri untuk mengganggu dan memanipulasi dengan pentadbiran Badawi dan Najib sehingga hari ini. Peranannya sekarang nampak sebagai perdana menteri yang sudah bersara dan kedua-dua Badawi dan Najib adalah orang bawahannya.

Badawi dan Najib adalah orang bawahan yang dikawal oleh Mahathir yang seolah-olah mempunyai kata akhir dalam UMNO dan BN. Inilah sebabnya mengapa jalan ke hadapan untuk negara itu penuh dengan bahaya dan kesukaran.

Demokrasi telah teruk terjejas oleh Mahathir, badan kehakiman juga mengalami krisis kredibiliti dan agensi penguatkuasa undang-undang pula mengamalkan pendakwaan terpilih. Inilah sebabnya mengapa Malaysia telah menjadi negara yang menghadapi bahaya dilabel negara penyangak.

Kekerapan berlakunya kejadian penembakan dan pembunuhan semasa yang berterusan, kadar jenayah yang semakin meningkat adalah petunjuk kepada pelabur institusi dan antarabangsa bahawa suasana politik di Malaysia telah menjadi tidak stabil dengan Mahathir dalam keadaan kekeliruan dan tidak tahu apa yang perlu beliau lakukan.

Malaysia telah menjadi negara yang tidak stabil kerana tindakan Mahathir selama bertahun-tahun untuk memihak kepada kumpulan individu dan kroni yang tertentu dan bukannya membahagikan kekayaan kepada semua rakyat Malaysia. Kejahatan yang dimulakan oleh Mahathir ini telah menyebabkan Malaysia terpaksa menanggung akibat yang berat apabila penilaian Fitch beralih daripada “stabil” kepada “negatif.”

Ini mengesahkan syak wasangka rakyat Malaysia bahawa negara sedang mengalami masalah yang lebih teruk. Jikalaulah Mahathir memilih untuk berpegang dengan prinsip dan kewajipan demokrasi dan mempraktikkan meritokrasi dari awal, Malaysia akan berada dalam keadaan baik.

Tetapi dengan Mahathir mempraktikkan politik partisan dan menjadi berat sebelah dan prejudis, politik Malaysia telah menjadi reput. Satu-satunya pilihan sekarang bagi rakyat Malaysia untuk terus selamat dalam peristiwa yang akan datang ialah dengan menggulingkan BN yang sangat korup itu dan bersedia untuk memilih pilihan yang lebih baik seperti Pakatan Rakyat (PR).

PR boleh menjadi penawar yang sempurna dan menyembuhkan penyakit yang dialami Malaysia akibat politik Mahathir. Walaupun yang lalu biarlah berlalu, adalah penting bagi rakyat Malaysia untuk belajar daripada pengalaman mereka hidup di bawah pemerintahan pemimpin seperti Mahathir untuk memastikan bahawa tidak ada pemimpin jahat seperti itu yang muncul kelak di negara ini.

Adalah penting bagi demokrasi dipulihkan sepenuhnya. Dan hanya sebuah organisasi politik seperti PR yang wujud di Malaysia untuk memenuhi tujuan ini. Dengan memberi kuasa kepada PR, rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat dapat menjamin bahawa mereka akan selamat dan berjaya.

Untuk kekal dengan BN bukan sahaja membiarkan sahaja masalah, bencana dan kemusnahan, dan juga kerosakan yang sudah dirasai, malah jika BN dibenarkan untuk berkuasa lebih lama, kerosakan itu mungkin tidak dapat dipulihkan dan mustahil untuk diperbetulkan.

Link asal artikel:
http://www.malaysia-today.net/anwar-said-mahathir-is-malaysias-worst-prime-minister/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.