LFC Hampir Berjaya Lobi Lemar

Liverpool hampir mencapai persetujuan dengan pemain tengah Monaco, Thomas Lemar menurut media beribu pejabat di London.

Pemain berusia 22 tahun itu juga turut menjadi buruan ‘Gunners’ pada musim panas lalu tetapi juara Ligue 1 itu enggan menerima sebarang tawaran.

Kedua-dua kelab Liga Perdana Inggeris itu kembali menyuarakan minat mereka bulan lalu tetapi Monaco kekal dengan nilai 88 juta pound (RM484 juta) untuk pemain tengah itu.

Media Skysports melaporkan Liverpool sudah mencapai persetujuan bersama Lemar tetapi mereka tidak bersetuju dengan nilai yang ditetapkan oleh Monaco.

Nilai Lemar berkemungkinan meningkat sekiranya berjaya memberikan impak besar untuk Perancis dalam Piala Dunia 2018.

Barcelona juga dikaitkan de­ngan perpindahan Lemar, meskipun telah mendapatkan Philippe Coutinho dengan nilai 142 juta pound (RM781 juta).

Walau bagaimanapun pengendali Monaco, Leonardo Jardim menegaskan bahawa Lemar akan kekal hingga penghujung musim. – Suzein Yana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.