Kisah Tragis Virginia Woolf Yang Muncul Di Google Doodle

Penulis nobel keamanan, Virginia Woolf, muncul di Google Doodle hari ini. Ia bagi meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-136 tahun.

Dilahirkan di London pada 1882, Woolf mendapat pendidikan di rumah dalam klasik English sejak zaman kanak-kanaknya.

Dia mula menulis secara profesional pada 1900. Karier terkenal Woolf adalah “A Room of One’s Own” pada 1929 dan “Three Guineas” (1938).

Woolf bagaimanapun memiliki kisah hidup yang tragis. Dia terpaksa berjuang dengan kemurungan yang dialaminya sejak bertahun-tahun. Atas sebab itu wajah Woolf nampak begitu sedih di Google Doodle sekali gus menggambarkan kemurungan yang dialaminya.

Hidupnya dikatakan berubah selepas kematian ibunya pada 1895 yang mengakibatkan dia menjadi kemurungan. Dua tahun kemudian, kakak tirinya, Stella meninggal dunia.

Kematian bapanya pada 1904 menambahkan lagi kedukaan yang dialaminya. Woolf kemudiannya mengalami kemurungan teruk ketika era Perang Dunia II.

Dia meninggal dunia dengan terjun ke dalam Sungai Ouse di North Yorkshire pada usia 59 tahun. Mayatnya ditemui tiga minggu kemudian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.