Joy Revfa Tolak Tawaran Komposer Indonesia

KUALA LUMPUR: Bagai sudah menjadi trend, seorang lagi pengusaha produk kosmetik ditawarkan peluang menjadi penyanyi rakaman mengikut jejak langkah Datuk Seri Vida, Datuk Seri Aliff Syukri dan Nur Sajat.

Joy Revfa yang pernah mencetuskan kontroversi apabila bercerai dengan penyanyi, Hafiz Hamidun, Oktober lalu ditawarkan peluang merakamkan single oleh seorang komposer Indonesia.

Bagaimanapun, Joy atau nama sebenarnya, Siti Arifah Mohd Amin memberitahu, dia belum bersedia menjadi penyanyi malah menganggap diri tidak berbakat.

“Memang ada pihak yang memberi lagu istimewa untuk dinyanyikan termasuk daripada seorang komposer dari Indonesia. Tapi saya belum sedia menjadi penyanyi, rasa tak sedap pun suara saya ini.

“Komposer itu meyakinkan saya untuk mendendangkan lagu diciptanya yang belum diberi judul. Dia beritahu lagu itu memberi inspirasi kepada wanita lain.

“Saya juga ditawarkan berlakon, …namun, buat ketika ini, saya menolak semua tawaran itu,” katanya kepada BH Online.

Joy berkata, dia lebih selesa memberi tumpuan kepada perniagaan yang diceburi.

“Saya selesa beri perhatian kepada berniaga. Selepas ini, tak tahulah kalau saya berubah fikiran hendak menyanyi atau berlakon,” katanya.

Semalam, Joy hadir pada majlis pelancaran koleksi tudung AliffbySha V Five Inspired Women dan Romah Makan Terlajak Laris yang diusahakan Aliff di Kota Damansara.

Selain Joy, empat lagi wanita lain iaitu penyanyi Nabila Razali dan pelakon Nadia Annuar, Uyaina Arshad serta isteri Aliff, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid turut tampil dengan koleksi tudung terbaharu itu.-Bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.